Selasa, 09 November 2010

ADA APA PADA NAMA "DIRAJA"?

Pernahkah anda memikirkan kenapa ada nama "DIRAJA" pada pasukan polis dan askar dsb?
Saya tidak terfikir sehingga melihat video clip special branch berkenaan serang hendap UTK keatas DYMM Sultan Kelantan dan Raja Perempuan ketika mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang dari Istana untuk berangkat bagi tujuan mendapatkan rawatan perubatan. Boleh tengok dalam youtube ada dua versi.

Sampai polis diraja pun sanggup menghunus senjata automatik kepada DYMM Sultan, yakni Sultan yang sah pada waktu itu dan merupakan Ketua Agama Islam dan berlaku kasar terhadap doktor askar pengiring dan juga Raja Perempuan? Kalau ya pun nak road bock tutup je jalan. Tak payah lah berlaku biadap dan menghina sera memijak institusi Raja..

Mungkin polis berkenaan termasuk ketua-ketua yang meluluskan cara ini ingat perkataan Raja pada panji-panji mereka tu nama orang india kut, macam Rajaratnam.

Yang lagi sedih ialah ketua-ketua dan pemimpin baik dalam askar atau polis dan juga politik tidak melihatkan perbuatan sedemikian sebagai sesuatu yang tidak betul. Orang melayu yang juga AHLI institusi pembela DiRaja yakni PDRM, berani memperlakukan sedemikian kepada Sultan yang merupakan Ketua Agama dan yang juga pembela yang bersumpah bagi orang-orang Melayu dan hak Melayu?

Kalau PDRM Melayu dan juga pemimpin Melayu tidak menunjukkan hormat dan juga berlaku sebegitu biadap, maka jelas institusi Raja Melayu sudah terkubur. Jika insitusi Raja Melayu sudah terkubur maka Melayu juga sudah terkubur.

Lagi best bila lihat IGP pada waktu itu diangkat darjat dan diberi darjah jebesaran kerana beranai mengkuburkan hormat institusi Raja.

Lagi lagi best bila kita melihat YB Karpal dan YB anaknya pulak mempertahankan martabat Insitusi Raja sampai YB Menteri KDN tak terjawab yang memberi maksud beliau juga menyokong tindakan mengkuburkan Institusi Raja..
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar